Sunday, April 8, 2012

Kuching Sarawak, April 2012

Day 1
 
Day 2
Day 3
Assalamualaikum.
Lamanya tak meng-update cerita di blog ni. Bukannya tak mahu tapi masa yang tak mengizinkan. Banyak sgt kerja di pejabat yang perlu di selesaikan. Maaf ! Kali ni ada kesempatan sedikit untuk meng-update blog. So, nurul nak cerita pasal holiday nurul dgn family ke Kuching Sarawak pada 6, 7 & 8 April 2012. Yes, 2 minggu lepas ok ! Tapi baru sekarang baru ada masa nak cerita. Actually nurul & family ke Kuching untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan kakak sepupu nurul di Kompleks Islam Sarawak. Uncle nurul tu merupakan Panglima Wilayah Dua Malaysia dalam Angkatan Tentera Malaysia yg jaga wilayah Sabah & Sarawak so that's why majlis nya di sana untuk orang-orang kenamaan disana. Alang-alang dah ke Sarawak tu kitaorang pun amik kesempatan untuk bercuti sekali la kan. Before this nurul & family dah penah pergi ke Kuching tu masa umur nurul 8 tahun. Kiranya ni kali ke-2 la kami dtg sana. Tak banyak perubahan dari kami datang dulu. Alright dekat atas nurul dah upload sedikit gambar masa percutian kami itu. Untuk gambar yg lain boleh klik link album di bawah ;)

Day 1, Flight kami pukul 10.05 pagi but pukul 3 pagi kami dah gerak dari Kuala Selangor ke KLIA. Serius memang mengantuk sgt ! Kami boarding pukul 9.30 pagi but sebab dari rumah ke KLIA amik masa 3jam lebih so kene keluar awal. Lagipun papa tak suka kelam-kabut. Sampai KLIA dalam pukul 8 pagi. Check in bagasi then breakfast. Flight kami mengambil masa 1jam 45minit so pukul 11.50 kami tiba di Kuching Internation Airport. Alhamdulillah no flight delay. Di Kuching Airport kami dijemput oleh tour guide kami En. Musa dan alhamdulillah En. Musa baik orangnya. Kami mengupah tour guide dari agensi perlancongan Matahari Tours untuk kemudahan kami dari segi pengangkutan. Al-maklumlah nak sewa kereta / teksi mahal jadi lebih baik kami sewa tour guide aje ! Dari airport kami dibawa terus pergi ke hotel penginapan kami iaitu Riverside Majestic Hotel. Terletak kira-kira 1/2jam perjalanan dari airport. Hotel ni memang SUPERB ! Lokasi yang strategik dengan pemandangan yang cantik menghadap sungai. Duduk dihotel ni 3hari 2malam memang best ! With staff dorang yang friendly, sangat berbaloi stay disini. Actually dulu penah stay sini jugak but time tu dorang atas nama Crown Plaza Hotel. But tak banyak perubahan la. Kami check in pukul 1 petang. After check in and rehat kejap. Then turun ke lobby untuk jumpa dengan Cik Atiqah from our tours agency untuk amik tiket Sarawak Rivercruise. Tiket ni kami dah booked awal and dapat harga murah sikit dari harga asal. ^^, After some discussion with her, nurul, adik and mama gerak ke rumah my uncle nak buat kenduri tu di Jalan Taman Budaya. Pergi sana kejap je sebab petang tu pukul 5.15 dah nak kene standby untuk naik rivercruise. Sarawak Rivercruise ni merupakan bot cruise yang paling besar yang ada dekat riverside tu. So kalau sape2 yang pegi sana u've must try the Sarawak Rivercruise ! Rivercruise ni sangat AWESOME ! Perjalanan selama 1jam setengah dan ia akan menyusuri sepanjang Sungai Sarawak ni. Memang tak dapat nak cerita la macam mana bestnya ! ^^, Cruise ni everyday but operasi hanya dari pukul 5.30 ptg - 7 malam sahaja dan ianya 1 trip sahaja setiap hari. After turun cruise jalan kaki balik hotel and rehat ! Malam tu tak keluar mana-mana sebab hujan. So untuk 1st day kami hanya pergi ke Sarawak Rivercruise and Riverside sahaja.

Day 2, alright for 2nd day kami start berjalan dalam pukul 9 pagi. After breakfast dihotel tour guide amik kami di hotel. Pagi tu mula-mula hujan gerimis but alhamdulillah lepas tu 1 hari tak hujan hingga la malam tima nak pergi wedding tu baru hujan gerimis balik. Destinasi pertama kami pagi tu ke Muzium Kuching. That muzium are totally very cute with their icon, CAT ! Memang kat situ semua story about haiwan Kucing and also sejarah Bandaraya Kuching. Macam-macam gambar la amik kat dalam tu ;) Muzium ni terletak di bangunan Majlis Perbandaran Kuching Utara. Tempat ni ambil masa dalam setengah jam la dari hotel kami. Lepas ke Muzium Kuching tour guide bawa kami ke kilang kek lapis sarawak & iempat jualan ikan terubuk masin Sarawak yang paling popular di Kuching ni. Sampai di tempat tu papa terus order 15 ekor ikan terubuk masin Sarawak. Sarawak memang popular dengan ikan terubuk masin & kek lapis nya yang tersangat SEDAP ! Di kilang kek lapis pula sampai-sampai je terus makan tester nya. Semuanya sedap-sedap belaka ! Rasa macam nak beli semua but apakan daya tak termampu den ! Papa beli dalam 11 ketul and free 2 ketul so total 13 ketul kami beli kek tu. Harga dia pulak jangan risau memang murah sangat-sangat ! And for those yang nak bawa balik semenanjung jangan risau dorang akan packing kan elok-elok kek lapis & ikan terubuk masin tu. So that kalau bawa naik flight / masuk kargo flight tak perlu risau pecah / bau. Lepas dah puas shopping ikan terubuk & kek lapis kami gerak ke tempat pemprosesan lada hitam a.k.a black pepper. Sarawak juga terkenal dengan lada hitam tau ! Kat situ dapat la tengok macam mana pokok lada hitam & rasa serta beli barang berasaskan lada hitam. But papa lebih banyak beli snek sahaja seperti bepang and tebaloi. Tebaloi ni sedap tau ! Tak rugi beli. Kat semenanjung tak dapat ok bende alah ni. Only at Sarawak ! Selepas itu kami di bawa pula ke temapt buat pasu. Kat sini sekejap je sebab takda ape yang menarik. Papa beli sepasang lampu hiasan je. Then kami gerak untuk balik ke hotel semula but sebelum tu sempat jugak menyinggah di kedai jual kristal. Beli la jugak 3utas rantai kristal. Hehe ^^, Then kami pergi Muzium Negeri Sarawak. Ha yang bab ni adik nurul punya permintaan ya ! Dia ni memang suka bab-bab ke muzium ni. Lepas ke muzium kami ke mainbazzar sekejap then balik ke hotel dalam pukul 3.30 petang. Memang kami nak balik ke hotel awal sebab kami nak rehat dan bersiap untuk acara wedding malam nya pula. Pukul 7.30 malam tour guide kami ambil semula dihotel dan bawa kami ke wedding tu di Kompleks Islam Sarawak. Dalam 11.30 malam kami pulang ke hotel semula and packing barang then tidur sebab besoknya kami akan flight balik ke KL :(

Day 3, After breakfast kami check-out hotel and bertolak ke airport. Flight kami pagi tu jam 10.40 pagi but kami datang awal supaya senang dan tak kelam kabut. Check in luggage and lepak-ing sementara tunggu boarding. We were arrived at KLIA at 12.20 p.m. Now, bye bye Kuching ! Really miss all the moments at there ! :'(

Next location for holiday is ..... ? Minta-minta Langkawi ;)

Album On FB : {Holiday} Kuching Sarawak, April 2012

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 | NyullNemey's Diary | by Cik Bulat