Sunday, January 27, 2013

Bandung and Jakarta, January 2013

Day 1
Day 2
Day 3
Day 4

Assalamualaikum. Ok entry kali ni nurul nak cerita pasal pengalaman vacation ke Bandung & Jakarta, Indonesia. This is my first time went to oversea. Vacation ke Indonesia ni memang vacation yang langsung TAK di rancang ! Awal disember haritu, uncle nurul call tanya nak ikut tak rombongan officemates dia pergi Bandung & Jakarta. So, me apa lagi terus say YES dekat my uncle ! Haha :p

Time kitaorang pergi hari cuti untuk Maulidur Rasul. Pukul 3 pagi dah gerak dari rumah ke KLIA sebab flight kitaorang pukul 7 pagi. So, 3 hours before depart dah kene ada kat airport untuk urusan check-in beg and hal-hal lain. Singgah kampung dulu dekat Klang untuk amik uncle and aunty. Actually yang pergi hari tu me, aunty and uncle. My family tak ikut sebab papa got some works to do. After settle pick up dorang, terus gerak ke KLIA. Kitaorang sampai cukup-cukup je timing ! Nasib sempat check-in semua. Haha ;p

Dah check-in beg, terus pergi check-in imigrisen then terus pergi ke gate departure. Oh ya, on that vacation kitaorang naik flight Garuda Indonesia pergi-balik. Best flight tu ! Yang penting services and makan dia sedap ! Hehehe :p Check-in departure then bye bye Malaysia ! See you in 4 days more :p

Flight ke Jakarta amik masa 2 jam lebih. Boring sangat dalam flight ! Haha ;p Kitaorang landing dekat Jakarta then from Jakarta kitaorang akan terus ke Bandung ikut highway sebab flight Garuda tu takda direct terus ke Bandung. Jangan risau airport Jakarta ok la. Not bad :) Oh, 1 important thing kalau korang ke Indonesia nanti masa sebelum landing, pramugari / pramugara akan bagi 1 card untuk korang isi dan cop imigresin Indonesia masa cop passport then card tu korang kene simpan sampai korang balik ke Malaysia. Kalau tak nanti korang kene denda or tak boleh balik Malaysia. And the another thing, makesure masa dah sampai sana korang kene tepikan 150,000 Rupiah untuk bayar tax airport time flight balik nanti. 2 benda ni sangat penting untuk kita ingat ! :)

Alright back to the story, lepas dah landing dekat Jakarta-Soekarno Airport terus pegi cop passport and amik beg. Dekat airport tu korang kene alert dengan pengumuman belt bagasi korang dekat mana. Takut terlepas / hilang. After dah settle semua hal dekat airport, kitaorang terus gerak untuk ke Bandung. Perjalanan amik masa 3 jam lebih. Suasana sepanjang perjalanan ke Bandung best ! Dalam perjalanan tu, kitaorang dapat tengok laluan keretapi yang panjang & tergantung yang dibina Oleg Belanda masa zaman pemerintahan dorang. Macam-macam suasana yang kitaorang dapat lihat.

Sampai je di Bandung, kitaorang terus dibawa untuk makan tengahari di salah satu restoran yang menyediakan masakan Nasi Padang. Nasi Padang memang sangat terkenal di Indonesia. Sedap & kenyang ! Lepas dah settle makan tengahari dan solat Zohor, Pak Supir bawa kitaorang ke kawasan kedai-kedai factory outlet etc : Rumah Mode, Blossom dan lain-lain. Factory outlet ni memang sangat sesuai untuk sape-sape yang nak cari barang branded etc : barangan kulit, perfume dan lain-lain. Barangan factory outlet ni merupakan barang original tapi di reject sebelum di eksport so barang-barang ni di jual di factory outlet. 100% original ! Rambang mata tau pegi FO ni ! Nasib la nurul tak bawa byk duit. Nurul bawa 3juta Rupiah dalam RM 1,000 duit Malaysia :)

Dah settle shopping dekat factory outlet, kitaorang di bawa untuk shopping di Toko Tiga. Ok, Toko Tiga ni pula untuk sape-sape yang nak shopping seluar jeans, jacket jeans, kemeja atau t-shirt. Dekat sini pun memang 100% original branded ! Harga jangan cerita, sangat murah ! Tapi nurul takda shopping sangat kat sini sebab malas nak bawa balik. Beg berat ! Hahaha :p Uncle nurul belanja dekat Toko Tiga tu dekat 3juta Rupiah. Dia memang kalau pegi Bandung shopping dekat situ je.

Untuk dinner malam pertama tu kitaorang di bawa ke Restoran Rumah Ikan. Rumah Ikan tu 2 dalam 1, Restoran & Spa Ikan. Lepas dah kenyang makan-makan, boleh la pergi spa ikan dekat tingkat atas :) Dah kenyang makan makanan yang sangat sedap dekat situ kitaorang terus pegi check-in hotel. Yes, kami check-in malam sebab jalan dekat Bandung ni selalu jem. Lagi pun tempat-tempat yg kami pergi tu semua jauh dari hotel. We all stay dekat Vio Hotel Pasteur Bandung. Not bad la hotel tu. Breakfast semua disediakan. Check-in then naik bilik, mandi and ZzzZzzz ! Penat sangat !

Day 2, lepas masing-masing dah breakfast kitaorang gerak untuk aktiviti hari kedua pula. Aktiviti pertama ke Pasar Baru Bandung ! Jangan tengok Pasar Baru ni sebelah mata hokehh ! Nurul confirm kalau korang yang wanita pergi sini memang taknak balik ! Hahaha :p Memang dekat sini syurga shopping ah ! 3 jam lebih dekat Pasar Baru ni memang rasa tak puas ! Rasa nak pergi lagi ! Hahaha :D Ok la Pasar Baru ni actually macam Pasar Payang Terengganu. Dekat sini memang sesuai shopping bakal-bakal pengantin. Kalau kain-kain lace baju pengantin or kain-kain ela untuk baju kurung or baju-baju kebaya Indonesia memang murah dan yang penting cantik ! Gila rambang mata ! Nasib ah nurul ni belum nak kahwin. Hehehe ;P Lagi 1 dekat sini pun kita boleh tempah baju terus tau ! Hanya amik masa 1/2 hari je. Nak tempah langsir rumah pun boleh. Just bawa ukuran yang tepat. Harga memang jangan cerita. Dekat Malaysia tak dapat hokeh ! Selain kain-kain yang cantik, dekat sini banyak juga barang-barang lain etc : kain batik, kain pelekat, kain batik lepas, baju t-shirt, jubah, telekung, sejadah, barang makanan, kerepek dll. Cuma untuk peringatan, kalau pergi sini makesure tak bawa barang berharga. Duit pun kalau boleh gulung letak dalam poket. Jaga handphone sebab dalam keadaan yang crowded memang macam-macam boleh jadi. Elak kan bawa handbag. Bawa beg silang kalau ada. Lagi 1 shopping dekat sini memang kene tawar menawar harga. Elak kan pakai pakaian yang nampak mewah ye kalau taknak kene cekik darah dan jangan sesekali kita bagi duit RM dekat dorang eh. Pandai-pandai la bawa diri kalau dekat kawasan Pasar Baru ni. Pengemis memang banyak :)

Dah 3jam dekat Pasar Baru, kitaorang gerak untuk pergi lunch. Perut lapar weiiii ! Haha :p Lunch dekat 1 kedai cina Muslim. Makanan pun sedap juga ;) Alhamdulillah sepanjang kitaorang dekat sana tour guide yang bawa kitaorang dah booking kan tempat makan yang selesa dan sedap (: Ok ni kejadian yang menyakitkan hati juga ah. Lepas lunch actually kitaorang plan nak pergi ke tempat lawatan yang lain but hari kedua tu ada 2 orang ahli rombongan yang baru sampai sini. Dorang tak sama flight dengan kitaorang sebab dorang ada urusan lain. Disebabkan dorang baru sampai so dorang ajak Pak Supir kitaorang tu bawa dorang pegi shopping dekat Toko Tiga. Awak-awak semua tau tak, kitaorang kene tunggu dorang shopping dekat 4jam lebih tau ! Memang sakit hati gila >,<" Patutnya plan lepas dorang shopping tu nak terus pergi ke Kampung Daun tapi ada pula yang nak pergi mall nak pergi tempah spec mata. WTF ! Tunggu lagi 1 jam lebih. Huh >,< Last-last gerak ke Kampung Daun tu pukul 6 petang !

Kampung Daun actually sebuah restaurant dekat kawasan bukit. Fuh ! Memang best tempat tu ! Nyaman je suasana. Sejuk ! Tapi sebab sampai dah malam so tak dapat nak fotogedik dekat situ >,< Recommended restaurant untuk korang yang nak pergi Bandung. Kitaorang pun naik atas bukit untuk pergi ke pondok untuk dinner. Tepi-tepi semua pokok yang menghijau dan air terjun yang cantik ! Best ! 5 star untuk tempat ni ! Settle dinner dalam pukul 10 malam then terus balik hotel untuk rehat sebab esok kita akan ada hari yang best lagi ^^,

Day 3, breakfast then kemas beg dan segala harta benda untuk check-out. Activities for today, pergi ke kawasan gunung berapi yang masih aktif iaitu Tangkuban Perahu and seterusnya akan terus ke Jakarta ! Weehhuuuu ^^, Siap semua, check-out and pergi ke Tangkuban Perahu. Must place yang kene datang kalau ke Bandung ni. Actually ada lagi 1 kawasan gunung berapi untuk pelancongan iaitu Kawah Putih but kitaorang tak cukup masa so pegi jela yang dekat eh. Next trip ke Bandung nak pegi Kawah Putih pula ! ps : ada ke orang nak bawa kita pegi honeymoon dekat Bandung tu ? Hehehehe ;P Perjalanan dalam 2jam lebih dari bandar Bandung. Jalan dia macam kita nak naik Cameron Highlands tu tapi sepanjang perjalanan kita dapat tengok cara hidup orang-orang dekat situ. Tempat dia best ! Tanah tinggi so memang dingin je :) Sampai dekat dataran kita kena naik 1 van khas yang digunakan untuk bawa wisata naik ke kawasan Tangkuban sebab bus tak boleh naik atas. Kawasan sempit. Ya Allah pemandangan memang cantik sangat. Excited sebab 1st time datang sini ;) Lepas dah puas berfotogedik dekat kawasan sekitarnya kitaorang jalan menuju ke pasar-pasar yang ada dekat situ. Saja jenjalan nak cari cenderamata. Masa yang tour guide tu bagi kitaorang 1 jam je but kitaorang terlajak sampai 2 jam ! Hehe :p Lepas turun dari Tangkuban pergi lunch dulu sebab perjalanan ke Jakarta amik masa 3 jam kalau jalan tak jem. Dah kenyang suka hati baru la boleh balik Jakarta. Dalam bus memang semua tidur ! Kepenatan ! Haha ~

Sampai Jakarta pukul 5 petang. Kitaorang terus ke Taman Mini Indonesia. Dekat situ nasib baik ah bus boleh masuk so tak da la kene jalan kaki. Hehehe ~~ Dekat situ dapat la tengok macam mana rumah-rumah masyarakat di Indonesia. Lebih kurang macam dekat Taman Mini Malaysia tu je. Pengalaman yang best, dapat amik gambar dekat Orang Asli dari Papua Newguine :) 1 jam ronda-ronda then gerak untuk pergi dinner. Kenyang perut so kita check-in dekat Triniti Hotel Jakarta untuk 1malam ! Yeayy ^^, Check-in then ZZZZzzzZZ ..

Day 4 a.k.a last day, bangun pagi, mandi, kemas beg, breakfast dan check-out sebab harini kita nak balik Malaysia ! Woot woot :O Seriously 4 hari dekat sana memang rindu sangat dekat Malaysia. Syukurla dengan apa yang ada dekat Malaysia sebab kita hidup aman dan  makmur. Kemudahan semua selesa :') Tak sabar nak flight balik Malaysia. Hehehe ~,~ Tapi ! Sebelum kita balik Malaysia, ni kira last kopek punya shopping ah ! Pegi Mangga Dua Jakarta. Keadaan lebih kurang macam Pasar Baru Bandung tapi sini macam moden sikit ah. Takda crowded sangat. Ini cuma untuk peringatan eh. Kalau korang dah pegi Bandung sila beli semua benda dekat Pasar Baru tu sebab harga dekat Pasar Baru lebih murah berbanding Mangga Dua Jakarta ni. So kalau boleh beli semua barang macam kain-kain ela, kain batik & telekung. Mangga Dua harga 2x ganda dari Pasar Baru. Nurul tak beli pape pun dekat sini sebab dah borong sakan dekat Bandung. Lagi pun fikiran dah ingat kat family kat Malaysia. Rindu ! Pukul 2petang gerak ke airport. Check-in beg semua then lepak dekat departure hall sementara tunggu depart pukul 6 petang. Dah pukul 5.30 masing-masing excited nak check-in depart. Bila dah check-in sekali baru dapat tau yang flight delay 1 jam ! So depart pukul 7 malam. Homaigoddd :'( Tunggu punya tunggu and dah pukul 7 ! Yeayy dah boleh balik ^^, So bye bye Indonesia and Hello Malaysia !!

Pukul 9 malam sampai KLIA. Amik beg, check begasi and going back HOME !! Hahaha :D Family amik dekat KLIA. Singgah kampung hantar uncle & aunty and balik Kuala Selangor. Oh ! I'm miss my home and my room and my bed sooo muccchhhh ! Alhamdulillah semuanya selamat dari pergi sampai  balik. Pengalaman yang seronok pergi negara orang ;) Ok less than 2weeks I'm going to Johor Bahru pula. Cousin's wedding and holiday lagi ! Kalau pegi JB mesti ah ke Legoland ! Please say yeay ^^v Next entry is about Legoland Malaysia. Bye !

 

Copyright © 2013 | NyullNemey's Diary | by Cik Bulat