Monday, March 25, 2013

Malacca, March 2013

Day 1
Day 2
Day 3

Assalamualaikum. Kali ni nak cerita pasal holiday ke Melaka pula eh. Dari Cameron Highlands, Pulau Langkawi, Bandung-Jakarta, Johor Bahru and now Melaka ! Memang penat wehh bila tiap-tiap bulan berjalan. Tapi alhamdulillah Allah kurniakan rezeki untuk my family :) Syukur ! Walaupun macam-macam dugaan dan cabaran, tapi Allah sentiasa bagi kebahagiaan pada kami ;) Yes, tujuan cuti ke Melaka ni as a present untuk mummy sebab kitaorang pergi time birthday mummy :) Plus time tu baru start school holiday 1st sem so papa ajak ah pergi cuti-cuti Malaysia. Hehe :D

Bertolak agak lewat dari rumah sebab pagi Sabtu tu sekolah adik ada buat mensyuarat PIBG so mummy kene attend meeting tu dulu. Bertolak pukul 10. Actually kalau highway tak jem and jalan smoothly je, perjalanan ke Melaka hanya amik 3 jam je. Tapi pada hari kitaorang nak pergi tu jalan dekat PLUS jem teruk so perjalanan amik masa lama. Dekat 4 jam lebih baru sampai exit Ayer Keroh. Actually plan yang mula-mula sampai je Melaka nak terus pergi ke Zoo Melaka sebab zoo tu dekat Ayer Keroh. Tapi bila dah sampai sana tengahari so kitaorang tukar plan. Terus pergi masuk Banda Hilir. Jalan-Jalan dekat sekitar Banda Hilir.

Aktiviti wajib dekat Banda Hilir mesti ah naik Menara Taming Sari ! My little girl tak penah langsung pergi ke Melaka ni so tu yg bawa dia naik Menara Taming Sari. Suka naik menara tu sebab kita dapat tengok pemandangan negeri Melaka dari atas. Dah puas naik menara, pergi pula naik Duck Tours boat. This is my 2nd time naik Duck Tours. Duck Tours boat ni  antara tarikan yang special ah kat Banda Hilir ni. Dekat Malaysia hanya ada 2 tempat je iaitu dekat Melaka & Pulau Langkawi. Duck Tours boat ni kenderaan amfibia which is dia boleh jalan dekat darat and belayar dekat laut. Harga tiket tak mahal. Sesuai dengan keistimewaan boat ni :) Dari Banda Hilir dia akan jalan menuju ke Melaka Raya untuk turun ke Selat Melaka. Perjalanan boat ni amik masa 1jam 45minit. Cuba la kalau datang Melaka ;)

Puas naik Duck Tours boat kita rehat dulu sebab me and little girl mabuk laut sikit. Hehe :P Dah rehat, little girl pula teringin nak naik beca. So of course la kakak yang baik ni yang kene teman budak kecik tu naik beca. Feeling naik beca ? Best sebab rasa macam naik basikal. Hehe ;P Beca tu bawa ronda-ronda dekat sekitar Dataran Pahlawan, Bukit St. Paul & depan Muzium Samudera :) Bayaran hanya RM 20 tau ! Murah berbanding dulu ;)

Ok dah puas seronok-seronok dekat Banda Hilir ni so next is time to check-in hotel ! For this time kitaorang pilih untuk stay dekat Holiday Inn Melaka. Last time dah penah try dekat Bayview Hotel Melaka so kali ni kita cuba lain hotel pula eh. Btw, setakat ni hotel-hotel yang nurul penah stay this is the best hotel ! Prefect ! Service check-in cepat and rooms pun sangat memuaskan hati ! Kitaorang amik connecting room sebab senang nak urus diri masing-masing. Hahaha :P Masuk je bilik memang rasa tenang sangat ! Bilik pun fresh je and bau wangi ^^, Suka sangat tau ! Dah rehat-rehat dalam bilik so next activity mesti la bawa little girl pergi swimming pool ! Ok swimming pool dia pun the best sebab pemandangan dia menghadap terus ke laut lepas Selat Melaka. Memang cantik especially bila time nak sunset. Sanggup tunggu sunset dekat swimming pool tau ! Hahaha ;p 

Alright for dinner malam tu kitaorang just dinner dekat hotel sebab nak sambut Earth Hour ! Makanan buffet dekat hotel tu memang mewah + sedap sangat ! So malam tu kita candle light dinner sempena Earth Hour + birthday mummy ;) Dah kenyang dinner makanan yang sedap-sedap kitaorang terus naik bilik, rehat and good night Malaysia ~ hehe :P

Second day, 1st aktiviti after breakfast terus keluar dari hotel and pergi ke Zoo Melaka ! Yeayy ^^, Of course little girl yang paling happy :P Jalan-jalan dekat dalam zoo tu. MumDad tak ikut sebab dorang malas nak jalan ! Unfortunally, haiwan-haiwan dekat zoo tu dah kurang and tak best ! Kan ada kes haritu so banyak haiwan dah takda :( But the best moment dekat zoo tu ialah, bagi makan dekat anak gajah ! Little girl la yang seronok bagi makan :) Comel gajah-gajah tu :* Dekat 2 jam juga la jenjalan dekat dalam zoo tu. Cuma kitaorang terlepas nak tengok animals show sebab time kitaorang datang show dah nak mula. But it's ok :) Dah keluar dari zoo terus balik hotel balik sebab nak lunch and rehat kejap. Penat wehh >,< Petang baru sambung balik aktiviti.

Pukul 5 kitaorang keluar balik. Mula-mula plan nak lepak-lepak tepi Sungai Melaka tu sambil tunggu nak naik River Cruise Melaka tu lepas maghrib. Tapi, tetibe ter-plan untuk pergi ke Coral Wonderland Melaka. Actually tempat ni tempat baru. Dekat dalam Pahlawan Mall. Punca nak pergi tempat ni sebab ternampak dorang punya banner dekat Pahlawan Mall tu and kitaorang memang suka pergi tempat-tempat akuarium ni. Hehee ~ Tiket masuk takda mahal sangat for me. Berbaloi dengan apa yang ada kat dalam tu :) Masuk je entrance, ada tempat untuk sentuh-sentuh binatang yang dibenarkan Dan tak berbahaya. Saya ni tukang amik gambar jela ye sebab saya geli ! Hahaah :P Opkos adik dengan little girl yang jadi mangsa kene pengang. But I salute dengan little girl, dia memang berani ! Habis dekat situ, kita masuk dalam. Macam-macam jenis ikan and binatang laut lain ada dekat situ plus dengan jenis-jenis terumbu karang. Dekat dalam tu pun kita boleh bagi makan penyu. Just beli makanan dia masa beli tiket. Kitaorang of course la bagi. Little girl yang sibuk nak sangat ! Btw, for u guys infomartion dekat Coral Wonderland ni special attraction dia sotong bercengkerang dari zaman purba / zaman dinosour yang hidup beratus juta tahun dahulu. It's called Cambered Nautilus. Binatang memang susah nak di jumpai lagi.

Later dah puas jalan-jalan dekat Coral Wonderland tu, terus pergi ke River Cruise Melaka. Yeayy nak naik boat cruise ^^, Lepas maghrib kitaorang pun naik boat tu. Sebenarnya teringin nak tengok macam mana yang dikatakan cantik sangat river tu kalau waktu malam. Bila dah tengok, actually takda la cantik sangat pun or maybe lampu-lampu dia banyak dah rosak ? Biasa je suasana nya -,-" Perjalanan amik masa 45minit. Dah turun boat and kita balik ke hotel ! Dinner dekat restaurant hotel je. Malas nak gi keluar. Masing-masing dah penat. Dah dinner, kenyang and naik bilik. Tido !

Day 3, after have our breakfast we all terus check-out. Harini dah nak balik :( But, before balik tu jalan-jalan lagi dekat Banda Hilir for the last time. Papa nak beli jajan sikit dekat Medan Samudera. Papa gi Medan Samudera, me dengan siblings masuk Muzium Samudera, Muzium Kapal and Muzium Maritim. Me kalau muzium ni kureng sikit -,- Siblings yang lagi 2 tu suka. Layankan aje la ~ Lepas muzium kitaorang pergi pula ke Bukit A'Famosa or Bukit St. Paul. Mendaki bukit itu ok ! Berjaya ! Hahaha :P

Ok kaki semua dah penat so kita gerak balik. Bye-bye Melaka :'( Takpe next time ada rezeki kita jumpa lagi. Nak pergi Melaka Wonderland and A'Famosa Resort pula ! Sampai rumah dah petang dalam pukul 5 camtu. Nasib ah jalan tak jem. Ok la this is last entry pasal holiday sebab bulan May ni takda holiday. Jadual full dengan wedding family & friend :) Bye !

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 | NyullNemey's Diary | by Cik Bulat